Program : Program Mini NADI & Komuniti 2025
Tarikh : 29 November 2025
Program Mini NADI & Komuniti 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 29 November 2025 (Sabtu) bertempat di NADI Kampung Gemang bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat serta memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak, remaja dan masyarakat mengenai teknologi, STEM, keselamatan internet dan keusahawanan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pertandingan mewarna (4–12 tahun), pertandingan sukaneka seperti Word Stacking Game dan Balloon Pyramid, pertandingan gubahan sayuran, pameran usahawan, pertandingan STEM (Straw Tower dan Rubber Spinner), Kuiz NADI serta pertandingan e-Sport (Mobile Legends). Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai AIFA Chatbot, MCMC Nexus, serta taklimat keselamatan internet dan perkhidmatan pintar.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat dengan penyertaan aktif pelbagai peringkat umur. Pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan teratur, serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Cabutan bertuah turut menambahkan keterujaan peserta dan menggalakkan penglibatan sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif kepada komuniti dan berjaya meningkatkan kesedaran serta minat masyarakat terhadap peranan NADI sebagai pusat pembangunan digital dan komuniti setempat.