NAMA : CHE WAN JUNAIDAH BINTI CHE WAN MOKTAR UMUR: 37 TAHUN AHLI PI: 2019 |
Bentuk perniagaan
Perniagaan secara online dan offline. Beliau membuka gerai Menjual ayam berhantu RM 1 ringgit dan air boba serta menjual secara online produk seperti popia cheese.
Latar belakang
Merupakan seorang surirumah. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2015 tetapi untuk perniagaan ayam berhantu ini beliau baru sahaja berjinak-jinak. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai. Beliau sangat berminat dengan dunia perniagaan dan juga ingin membantu suami mendapatkan pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat menaip menggunakan Microsoft office serta menggunakan internet. Ini memudahkan beliau menyimpan maklumat perniagaan beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps untuk memudahkan komuniti mencari lokasi untuk membeli produk beliau.