mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER

𝐒𝐒𝐫𝐒 π–πžπ›π’π§πšπ« 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭 π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭

𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦/𝐀𝐀𝐭𝐒𝐯𝐒𝐭𝐒: Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu
π“πšπ«π’π€π‘: 13 September 2025 (Sabtu)
𝐌𝐚𝐬𝐚: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
π‹π¨π€πšπ¬π’: NADI KAMPUNG KALAI
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐒 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚: Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦:
Pusat Internet, 13 September 2025 – Seramai beberapa orang pelajar telah menyertai Siri Webinar Kempen Internet Selamat yang bertajuk β€œNak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu” anjuran NADI. Program ini dilaksanakan secara dalam talian, namun para peserta hadir secara fizikal di NADI KAMPUNG KALAI bagi mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih teratur.
Melalui webinar ini, peserta didedahkan dengan kepentingan keselamatan penggunaan internet serta langkah berwaspada dalam menggunakan media sosial. Dengan bimbingan fasilitator serta kemudahan capaian internet yang stabil, para pelajar dapat memahami isi kandungan yang disampaikan dengan baik.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet yang selamat, khususnya dalam kalangan generasi muda.