Kampung kalai yang terletak didaerah jeli yang dengan kaya khazanah bumi, termasuk sumber emas. Kampung Kalai terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Jeli, mempunyai lebih kurang 2626 penduduk yang kebanyakannya menoreh getah dan berkebun sebagai sumber rezeki utama. Selain itu, penduduk Kampung Kalai sebenarnya mahir mendulang emas sejak bertahun-tahun lamanya sebagai pendapatan sampingan lantaran wujudnya beberapa batang sungai seperti sungai pergau yang mengandungi sumber itu. Menurut cerita penduduk kampung, kawasan sekitar sungai itu diketahui mempunyai sumber emas sejak kampung ini mula dibuka sekitar 1960-an kesan lombong tinggal serta penemuan alat mengorek emas. Penduduk percaya, hasil emas di kampung itu mula dikutip sejak zaman penjajahan British oleh pelombong Cina berikutan penemuan tembikar serta pinggan mangkuk dengan ukiran negara China yang banyak di sekitar kawasan itu
Malah, tidak jauh dari sungai tempat penduduk mendulang emas, wujud sebuah terowong tinggal sepanjang kira-kira 20 meter dipercayai pernah digunakan untuk melombong hasil emas yang kini sudah dipenuhi semak samun, tetapi tiada penduduk berani menghampirinya kerana bimbang ancaman binatang buas.
Menurut penduduk kampung, sumber emas yang kaya di kampung kalai di sepanjang Sungai Pergau menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar untuk mencuba mendulang emas.walau bagaimanapun perlombongan emas di beberapa kawasan sepanjang Sungai Pergau sudah dilakukan secara komersial oleh syarikat swasta sejak lebih 10 tahun lalu, Manakala, penduduk masih menggunakan kaedah tradisional.