mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI

PROGRAM : E-Sukan Modul 3: Realiti Dunia E-Sukan (Tekanan, Disiplin & Persepsi Masyarakat)

TARIKH : 23 hingga 25 Januari 2026

TEMPAT : NADI KAMPUNG KALAI

Kelas ini telah disertai oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan kefahaman berkaitan realiti sebenar dunia e-sukan, termasuk aspek disiplin diri, pengurusan tekanan semasa bermain permainan digital serta pandangan masyarakat terhadap bidang e-sukan.

Peserta mengikuti pembelajaran secara berfokus menggunakan kemudahan komputer yang disediakan dan menunjukkan minat serta penglibatan yang baik sepanjang sesi. Kelas ini memberi pendedahan awal yang bermanfaat kepada peserta dalam membentuk sikap positif dan beretika dalam dunia e-sukan.