| NAMA: ROHANA BINTI ABDULLAH UMUR: 49 TAHUN AHLI: 2017 |
Merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online dan offline. Rohana menjalankan perniagaan dalam bentuk milikan tunggal di mana beliau adalah pemilik tunggal dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. menjual produk secara langsung (offline) serta melalui platform dalam talian (online), membolehkan beliau menjangkau lebih ramai pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Rohana hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara tradisional dengan kaedah yang terhad dan kurang pengetahuan dalam penggunaan teknologi serta pemasaran digital. Beliau menghadapi cabaran dalam mempromosikan produk secara meluas dan kurang yakin menggunakan platform dalam talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADISelepas mengikuti latihan dan mendapatkan sokongan di NADI, Rohana kini lebih mahir dalam penggunaan ICT dan pemasaran online. Beliau dapat menggunakan media sosial dan platform e-dagang untuk mempromosikan produknya dengan lebih efektif. Perkhidmatan NADI juga membantu beliau memperbaiki pengurusan perniagaan serta meningkatkan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan secara berterusan