mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN Q1 2025-INTAN NUR NADHIRAH BINTI MOHD KASSIM

NAMA : INTAN NUR NADHIRAH BINTI MOHD KASSIM

UMUR : 30 TAHUN

AHLI NADI : 2018

Bentuk perniagaan : Perniagaan secara online dan offline menjalankan
perniagaan kedai pencuci mulut premium homemade

Latar belakang

Intan Nur Nadhirah binti Mohd Kassim, 30 tahun, merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari kampung kalai Kelantan dan mempunyai latar belakang dalam bidang bakeri dan pastri melalui pengajian Diploma Bakeri & Pastri. Minat beliau dalam bidang masakan dan keusahawanan membawa beliau menyertai kelas-kelas anjuran Nadi, termasuk kelas membuat Tiramisu, Kunafa, serta pelbagai jenis kek dan pastri.

Melalui Nadi, beliau bukan sahaja menimba ilmu dalam bidang masakan, malah memperluaskan pengetahuan dalam bidang ICT dan keusahawanan digital. Perkhidmatan utama Nadi seperti fotostat, printing, kelas keusahawanan, dan latihan ICT telah membuka ruang untuk beliau memperkukuh kemahiran dan mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan yang versatil.

Matlamat utama Intan adalah untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang pencuci mulut seperti kek, biskut dan pastri, di samping menguasai aspek digital dalam keusahawanan seperti promosi, reka bentuk dan pengurusan media sosial. Beliau percaya bahawa gabungan kemahiran masakan dan ilmu ICT dapat membantu beliau membina perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
dengan hasil titik peluh sendiri. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai.