mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN Q1 2020 – CHE WAN JUNAIDAH BT CHE WAN MOKTAR

photo6334363067340663148
 

NAMA : CHE WAN JUNAIDAH BINTI CHE WAN MOKTAR

UMUR: 37 TAHUN

AHLI PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau membuka gerai  Menjual ayam berhantu RM 1 ringgit  dan air boba serta menjual secara online produk seperti popia cheese.

 

Latar belakang

Merupakan seorang surirumah. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2015 tetapi untuk perniagaan ayam berhantu ini beliau baru sahaja berjinak-jinak. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai. Beliau sangat berminat dengan dunia perniagaan dan juga ingin membantu suami mendapatkan pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  menaip menggunakan Microsoft office serta menggunakan internet. Ini memudahkan beliau menyimpan maklumat perniagaan beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps untuk memudahkan komuniti mencari lokasi untuk membeli produk beliau.