NAMA : YUSNIRA BINTI YUSOFF UMUR: 31 TAHUN AHLI PI: 2019 |
Latar belakang
Merupakan seorang surirumah. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2016. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai. Beliau sangat berminat dengan dunia perniagaan dan juga ingin membantu suami mendapatkan pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat menaip menggunakan Microsoft office serta menggunakan internet. Ini memudahkan beliau menyimpan maklumat perniagaan beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps untuk memudahkan komuniti mencari lokasi untuk membeli produk beliau.