LAPORAN AKTIVITI MAHIR MASAK
Tarikh: Minggu K e 3
Tempat: NADI Kampung Kalai
Bilangan Peserta: 5 orang
Aktiviti: Mahir Masak (Penyediaan Minuman Mocktail & Cofee)
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti Mahir Masak telah dijalankan dengan penglibatan seramai 5 orang peserta. Peserta didedahkan kepada pembelajaran penyediaan minuman iaitu Mojito Blue Lagoon dan Cuppuccino Ice. Peserta mempelajari bahan-bahan yang diperlukan, sukatan yang betul serta langkah penyediaan minuman dengan cara yang mudah dan selamat.
Pembelajaran:
Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran asas memasak, memahami kepentingan sukatan bahan, kebersihan semasa penyediaan makanan serta menambah pengetahuan dalam penyediaan minuman secara praktikal.
Kesimpulan:
Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta. Peserta menunjukkan minat dan kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.