mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT NADI KAMPUNG KALAI

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN:   

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

NADI Kampung Kalai menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli.

Antara latihan yang disediakan ialah : 

Pengenalan asas komputer

Asas internet

Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

Latihan keusahawanan

 JUMLAH KEAHLIAN :

NADI Kampung Kalai  telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

  AHLI LAMA 1629
  AHLI BARU BULAN JANUARI 2026 15
 KESELURUHAN PADA FEBRUARI 2026 1906
 KENALI PETUGAS NADI : 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Kenali kami 

PENGURUS

 Nama : Aishah Binti Hassan

Mula berkhidmat : 15 April 2017

PENOLONG PENGURUS

ARECHIK PASSPORT

Nama : Norhasniyah Binti Ahmad

Mula berkhidmat : 1 Mei 2017