mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025- KISAH KEJAYAAN SITI SHARIFAH NADIA

NAMA: SITI SHARIFAH NADIA BINTI IBRAHIM
UMUR: 17 TAHUN
AHLI: 2017 

Latar belakang

Siti Sharifah Nadia Binti Ibrahim merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Ugama Al-Dinniah Batu Melintang . Beliau merupakan seorang pelajar yang berpotensi tinggi dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran walaupun menghadapi cabaran pembelajaran dari kawasan luar bandar dengan akses terhad kepada sumber pendidikan tambahan.

Nursarafana mula mengikuti kelas tuisyen secara dalam talian yang dianjurkan oleh NADI sebagai inisiatif untuk membantu pelajar luar bandar meningkatkan prestasi akademik. Pada peringkat awal, beliau agak kurang yakin dan berdepan kesukaran mengikuti sesi pembelajaran menggunakan komputer dan aplikasi digital. Namun, dengan bimbingan daripada tenaga pengajar serta sokongan pihak NADI, beliau mula menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan subjek teras seperti Matematik dan Sains.
Kini, Nadia merupakan antara pelajar yang aktif menyertai sesi tuisyen secara berkala dan telah menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan sekolah. Beliau juga telah dipilih sebagai wakil pelajar dalam sesi pembelajaran berkumpulan dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk turut serta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

– Hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah
– Tiada akses kepada sumber rujukan tambahan secara digital
– Sukar memahami topik tertentu tanpa bantuan luar kelas
– Tidak biasa menggunakan komputer atau aplikasi pembelajaran

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

– Mula menggunakan Google Meet dan Zoom untuk kelas tuisyen dalam talian
– Mengakses YouTube, Quizizz, dan Google Classroom untuk ulang kaji
– Belajar membuat nota digital menggunakan telefon dan komputer
– Menjadi lebih cekap dalam penggunaan komputer dan internet untuk pembelajaran
– Mendapat keyakinan untuk bertanya soalan dan berinteraksi secara aktif dalam talian